Assalamualaikum dan salam sejahtera.........
Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana kita masih dapat bersama-sama berkumpul untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan.Setiap umat Islam adalah bersaudara.Jadi pada kali ini kita kita kan berbincang berkenaan USRAH.
MAKSUD USRAH
Islam
memandang sangat mustahak
pembentukan ikatan perpaduan untuk penganutnya. Ikatan itu dinamakan
usrah. Melalui usrah kita dapat
memimpin penganut Islam ke arah
contoh-contoh pujian yang tinggidi samping mengukuhkan
ikatan yang sedia ada. Selain itu,
mutu ukhuwwah antara sesame ahli boleh ditingkatkan iaitu dengan
merealisasikan teori dalam
perbuatan dan amalan. Oleh itu kita
hendaklah memandang berat perkara ini dan bersedia untuk menjadi batu
bata yang sihat
lagi berguna kepada bangunan
keluarga bentukan yang mulia ini, iaitu keluarga Islam.
RUKUN USRAH
Rukun
ikatan usrah ini tiga perkara iaitu
berkenalan, bersefahaman, dan berimbangan. Kita hendaklah memngambil
berat perkara ini
dan bersungguh-sungguh menjayakannya
supaya ikatan itu tidaklah semata-mata menjadi beban yang tidak
bererti.
Ø Berkenalan (taaruf)
Rukun
usrah yang pertama ialah taaruf
antara satu sama lain. Ahli usrah hendaklah berkenal-kenalan dan
berkasih sayang dengan semangat
cinta kepada agama. Kita hendaklah
memahami pengertian dan hakikat ukhuwwah sejati. Elakkanlah perkara yang
boleh mengeruhkan
ukhuwwah itu. Hal ini boleh
dilakukan dengan sentiasa menjunjung titah firman Allah Subhaanahu
waTaaala dan hadith rasulullah
sallallahu alaihi wasallam. Jadikan
firma Allah Subhaanahu wa Taaala sebagai perkara yang wajib diutamakan.
Antara firman Allah dan hadith
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam ialah:
Orang-orang Mukmin itu bersaudara-mara.
(Al-Hujurat; 26-10)
Berpeganglah dengan tali Allah semuanya dan janganlah kamu berpecah belah.
(Ali-Imran; 3:103)
Orang Mukmin bagi orang Mukmin itu laksana bangunanyang sebahagiannya memperkuatkan sebahagian yang lain.
Orang Muslim adalah saudara bagi Muslim yang lain; ia tidak menzaliminya dan tidak juga membiarkannya.
Perbandingan orang-orang Mukmin dalam erti kata kasih sayang mereka, dalam perasaan belas kasihan mereka, dan dalam
simpati mereka adalah laksan badan yang satu.
Ø Bersefahaman (tafahum)
Kita
hendaklah berpegang pada kebenaran
dengan mengerjakan apa-apa yang
diperintahkan Allah dan meninggalkan apa yang dilarangNya.periksalah
diri sendiri dengan sehalus-halusnya
sama ada diri kita benar-benar
mentaati perintah Allah atau terlibat dengan arena kederhakaan. Setelah
memeriksa diri sendiri,
kita hendaklah nasihat menasihati
antara satu sama lain apabila kelihatan ada sesuatu yang cacat.
Rakan
yang dinasihati itu hendaklah
bersikap terbuka dan sanggup
menerima nasihat daripadanya. Pemberi nasihat pula janganlah berubah
hati terhadap sahabat yang
tersilap itu walau sejarak sehelai
rambut sekalipun.
Nasihat
hendaklah diberi dengan
cara baik tanpa memandang rendah
sahabat yang dinasihati itu. Pemberi nasihat janganlah menganggap
dirinya lebih mulia. Sembunyikanlah
kesilapan sahabat itu daripada
pengetahuan naqib selama lebih kurang sebulan. Ceritakanlah kepada naqib
apabila anda tidak
berdaya untuk membaikinya. Namun
demikian, jangan sekali-kali tawar hati terhadap sahabat yang silap itu.
Sebaliknya teruskanlah
kasih sayang anda terhadapnya
sehingga Allah melakukan apa-apa perubahan yang dikehendakinya.
Sahabat
yang diberikan nasihat
pula janganlah keras kepala.
Janganlah juga berubah hati walau sejarak sehelai rambut sekalipun
terhadap si pemberi nasihat.
Fahamilah bahawa martabat kasih
sayang Allah itu adalah setinggi-tinggi martabat bagi pengertian kasih
sayang di kalangan
umat manusia. Nasihat pula adalah
satu dasar yang amat penting di dalam agama Islam. Rasulullah sallallahu
alaihi wasallam
bersabda yang bermaksud: Agama itu
nasihat. Oleh itu, perhatikanlah dalam-dalam pengajaran yang mulia dalam
hadith ini mudah-mudahan
Allah memberi rahmatNya kepada kita.
Ø Berseimbangan (takaful)
Rukun
usrah yang ketiga ini bermaksud
memelihara nasib sesame sendiri agar
tiada sahabat yang terbiar atau terlantar. Amalkan rukun ini dengan
bersungguh-sungguh,
iaitu dengan cara menolong memikul
bebanan sesame sendiri. Takaful merupakan tunjang iman dan inti sari
ukhuwwah sejati. Takaful
boleh dijelmakan dengan cara
bertanya khabar sesama sendiri, ziarah menziarahi, berganti-ganti
membuat kebajikan dengan jalan
segera menolong antara satu sama
lain sedaya upaya.
Sabda
Rasulullah sallallahu alaihi
wasallam yang bermaksud: Kalau
seseorang daripada kamu berjalan keran hendak menolong saudaranya adalah
lebih baik baginya
daripada ia beriktikaf sebulan di
dalam masjidku.
Sabda
Baginda lagi: Sesiapa yang
memberi kegembiraan kepada keluarga
sesebuah rumah orang Muslim nescaya tidak lain yang dibalas Allah
melainkan n syurga.
PERINGATAN
Dua perkara yang perlu dititik
beratkan ialah kehadiran dan pengisian tabung usrah.
Setiap
anggota usrah hendaklah menghadiri
setiap pertemuan yang telah dijadualkan walau bagaimana uzur sekalipun.
Setiap anggota
usrah hendaklah menunaikan
kewajipannya untuk tabung usrah di cawangan usrahnya. Apabila dapat
menunaikan kewajipan yang bersifat
perseorangan, kemasyarakatan, dan
kewanagn seperti di atas, maka rukun usrah akan terlaksana dengan
jayanya. Sebaliknya, jika
dicuaikan, maka segala rukun dan
peraturan itu akan beransur-ansur mundur dan kahirnya terus mati. Dengan
matinya peraturan
usrah yang baik ini, gerakan dakwah
akan rugi dengan serugi-ruginya sedangkan gerakan dakwah sangat
diperlukan dan menjadi
tempat harapan bagi ummat Islam
seluruhnya.
Sekian,
Salam Ukhwah Sekencang Dakwah
No comments:
Post a Comment